Monday 19 October 2015

antara "tidak sabar" dan "menjaga maruah/agama"

 You know what...after a series of similar cases, I can conclude that I am a weakling. 


Kenapa kebanyakan perempuan memilih lelaki kaya?

Banyakkan kita baca atau dengar, perempuan ni dah lama berkasih dengan seorang lelaki. Eventually she leaves him for a richer guy. Pastu ramailah orang marah sebab perempuan ni mata duitan, materialistik. Lelaki itulah mangsa keadaan, mangsa daripada perempuan yang tak tahu bersyukur.

Tapi tak ramai orang akan fikir, yang possibly perempuan tu buat macam tu sebab dia nak selamatkan maruah (dan possibly agama) dia.


Tangguh, tangguh kahwin. Janji itu janji ini. Sedangkan semut pun tak percaya janji Nabi Sulaiman. Janji nabi tuh, semut cekotet tu boleh tak caya. Inikan sesama manusia. Kalau dia percaya pun, mungkin sampai satu tahap, akan fed up.


Lelaki, tak kira sebaik mana pun, kalau tak nikahi perempuan yang dia dah 'cop', be responsible, man up, tetap perempuan pandang senteng. Kisah sebenar dari beberapa teman pun dah buat aku meluat, inikan pulak jadi kat diri sendiri. Unless, lainlah kalau perempuan tu sendiri yang mintak tangguh, dengan serius. Kalau dia jenis diam, maksudnye dia sedang memerhati, menunggu bila nak ditanya, dan menanti sampai bila sabar dia hilang.


Maybe bagi dia, 4, 5 tahun tak mengapa. Bagi aku, tak. Itu masa yang kau tanggung seorang dahulu.
Setahun, simpan pendam, OK, boleh tahan. 3, 6, 12, 30 tahun? Nak berapa lama lagi.


Katanya Ogos. Hm. Susah nak percaya.




Apakata. Just stay away from me. If we're lucky, all stars align, then we will meet, and possibly that time, if I am still single - which is possible since...dah kena macam ni 2 kali baik aku membujang terus - and you're braver, bolder, then you may re-ask for my hand.


Now, why I am the one crying non-stop?
Kan bagus kalau dah sah. Boleh peluk.














:(
Hi blog. Tak tahu kepada siapa nak luahkan huhu. Harap takde orang baca.
Anyways.

Makin rindu. Tapi makin benci. Makin benci yang makin nak tegas makin rindu.
Kalau tak tegas, I don't think he will ever get the message. The proof is, until now I am not getting any definite date. 

I don't like to be toy around like this. Pernah kena, jadi memangla aku makin berjaga-jaga.


Lemah. Bila lemah, rasa nak text, cepat-cepat tegaskan diri balik.
Ah kate jelah aku egois. Tapi kalau tak buat macam ni, apa progres nye?


Aku ada banyak lagi benda lain nak fikir. Ini dah week 7, separuh semester dah berlalu.
Dahlah memang sedia ada pressure untuk perform, ini tambah lagi dengan pressure daripada satu uncertainty. 

I thought you know me?






Tak faham kenapa choose untuk berkapel. We are. Don't deny it.
"Tunang" is just another word to make it sound more (or less?) legit.
  
Hakikatnya, aku tetap tak boleh peluk kau sebaik keluar dari dewan konvokesyen nanti.
Sedangkan itu harapan paling besar dan hadiah paling bermakna.

Sunday 18 October 2015

pre-menopausal symptom

OK I might be too young to even spell that word but still. I think I'm having a pre-premenopausal symptom. 


Menopause is usually experienced by ladies of age 50 years and above. So, premenopause is probably during the middle to late age of 40s. Hence, a pre-premenopause is probably from...late 30s to early 40s. Arakian, a pre-prepremenopause is undoubtedly, based on my legit calculation here, is early to middle 30s, and a pre-preprepremenopause is...middle to late 20s. Considering I am 23 now so...the title up there should be..."pre-prepreprepremenopausal symptom." 


Sakit pinggang habaq hang. Masuk hari ini dah 4 hari. EMPAT hari sakit pinggang dan ini, ini langsung tiada kaitan dengan senggugut. Nak study tak leh nak fokus sangat. Maka aku pun masuk blog eceh entah apa beza blogging dengan study pun entahlah, dua-dua hadap surface gak.


Rasa macam nak lipat je badan ni. Jenuh aku pusing kanan, pusing kiri kasi ketak ketak pinggang. Adelah bunyi tapi sakit masih ada.

Aku hanya perlu someone untuk lipat badan aku. Macam patahkan ranting jadi dua...haaaa barulah lega rasenye.

Wednesday 14 October 2015

Lembab 'n Furious

Bukak Facebook, terserempak dengan post seorang kawan ni...pasal traffic jam.

Katenye LA jam, NYC jam, KL jam. Dan di situ ada attached link berita tentang traffic jam yaampun panjang nak meninggal di China.

Aku takde pengalaman di LA...I think so. I can't remember at which part of my last winter trip yang ada jam 3 jam kat lebuhraya...maybe LA lah kot. 3 jam waktu siang takpe, ni dah sampai 2 pagi baru kereta bergerak lancar ape cer. Seb baik ada Linkin Park...dapatla aku melalak. Waktu tu aku dah tak peduli dah siapa tidur siapa berjaga dalam kereta. Janji bukan aku yang tidur huh mampuihler. Tapi...tetapi...aku ada pengalaman sebagai survivor di NYC dan KL (so far).

NYC
Aku ada seorang classmate yang obses over NYC. Not sure why...but tiap kali nampak aku mesti tanya pasal kota tu. Anyways, kembali kepada topik.

Yes memang NYC sesak. Macam mana dalam muvi, dalam tv, macam itulah depan mata. Bukan je kereta, beca ada, basikal pun ada. Motor...maybe not many...maybe ada. Aku tak perasan pulak. Tapi kalau ada pun, takkan sebanyak bilangan motor kat Malaysia ni.

Takkan dengar banyak sangat honking actually. Unless you're a very careless driver, atau lampu hijau dah 2 saat menyala tapi baru nak masuk gear D. Kereta memang berpusu-pusu. Kadang sangat rapat. Alhamdulillah setakat di NYC belum pernah accident lagi.

Walaupun dalam negeri yang sama, peraturan jalan lain sikit antara Buffalo dengan NYC. Di Buffalo, atau di western atau upstate, boleh belok kanan even when traffic light merah. Tapi tak di NYC. Cayalah...sebab aku kena tahan polis sebab selamberdek je belok kanan. Bila kena tahan tu...hehe...aku cakaplah aku bukan dari this state..."yeah you can look at my car plate (insert muka kesian)." Plet kereta Pennsylvania. Eceh nasib baikkkk dia tahan tepi jalan dari dalam kereta je...kalau dia turun tu mau aku kena hulur ID...kantoi state New York. Oh wells,...I was not from 'this' state anyway hehe.

Drivers di NYC takdelah kuraja kuasam. Like...expectedlah why they behave so. Aku belum pernah lagi dapat the finger daripada New York drivers. From NJ adelah. Ntah nape ntah orang NJ ni...ape masalahnye ntah. Dan mereka jugalah yang paling suka honk  orang. Pft.

Uih, bab nak parkir kat NYC - usahkan NYC, even di Hoboken pun shushah - ni yang paling menyampah. Side parking spots are always...always...full. They are of course cheaper. Cheap things def sell fast. 

Unless you're so lucky, you probably won't get a very nice side parking. Kalau camtu, kena parkir dalam bangunan. Which is very costly...like...$30 or so or more, costly. Tapi yang untungnya, akan ada valet untuk parkirkan kereta, kadang-kadang ada yang ambikkan kereta sewaktu nak keluar. Plus, tak perlu risau kereta kena hujan atau tak. Plus plus, tak perlu lari 1 km dari 53rd street (psttt kat sini ada 3 stalls Halal Guys! omaigoddd nak makannnn onomonom) sebab parkir di tepi jalan 43rd street, untuk top up meter parkir. Dan dan...biasanya perbelanjaan sebanyak $30 tu untuk parkir sehingga lewat petang atau awal malam. Terserahlah, sama ada sanggup timing waktu jejalan di NYC semata-mata nak jimat parkir, atau sanggup bayar mahal, asalkan hati senang, anytime suka hati bila nak beredar dari bandar ni (well, takdelah suka hati...just can park longer without having to adjust meter all the time).

All in all, driving in NYC is not bad at all. The cars are plenty, of course. But the drivers are fundamentally well-behaved.  Traffic jams, if there is one, will be for a few minutes only. Oklah. Stuck in a traffic jam pun setakat kat Time Square sebab ramai sangat orang kat situ. Nak lengang sikit datanglah waktu musim salju atau awal musim salju.


KL
Uih bawak kereta di KL ni boleh menggelapkan dan mengotorkan hati.

Kalau bawak di area KL ni macam-macam ill feelings hado. Dengki, khianat, dendam, amarah, geram, bengkek...semua species ni ada. 

OK aku cerita based on pengalaman memandu aku dalam perjalanan pergi ke kelas. Perjalanan pergi ni aku lebih agresif sebab aku nak cepat sampai, of course. Perjalanan pulang aku lebih lenient, baik je. Purata untuk sampai ke kelas adalah 30 minit, manakala purata sampai rumah adalah 40 minit, dan ini disebabkan traffic jam memandangkan waktu aku pulang adalah waktu semua orang balik rumah masing-masing.

So, on the way nak pergi kelas, akan ada traffic jam dekat satu simpang ni. Aku sengaja pilih jalan ni, although arguably lebih jauh, bak kata seseorang, sebab jalan ni takde tol. Jalan ni overall, tak banyak simpang siur dan banyak melibatkan lebuh raya, jadi aku happy sebab aku boleh memecut, paling minima pun, 60-70 km/h.

Berbalik kepada traffic jam tu. Pada kebiasaannya aku akan menyimpang ke kanan sikit sebab lorong paling kiri, walaupun clear, tapi sebenarnya jalan kiri tu ditutup kat depan sikit. Nak tak nak kenderaan yang laju meluncur macho di kiri kena masuk kanan balik sebab dah takde jalan nak jalan.  Ha yang bikin panas ini. Orang lain elok je sabar beratur. Ni selamber dek je potong line pastu ade hati nak sibuk menyimpang masuk kanan balik. Coi.

OK, kadang-kadang adelah bersangka baik jugak. Maybe ini kali pertama orang tu guna jalan ni. Tu yang tak tahu depan tu dead end. Tapi sangkaan baik ni puiiiing jadi asap bila masuk menyimpang belah kanan, tak kasi signal. Ape, signal ko rosak ke broh?

Sebagai balasannye, aku akan direct kereta aku ke arah mencium bontot kereta depan. Hehz. Ade hati nak potong. Pirahhh. Beratur le belakang aku ha.


Jadi, begitulah al-kisah hati yang suci ini menjadi kotor, sedikit demi sedikit, semenjak hidup di kotaraya Kuala Lumpur.

Konklusi, traffic jam ni unavoidable. Even kat kawasan pedalaman pun leh jadi. So, hargailah waktu dalam kenderaan. Kalau itu waktu yang sesuai nak test vocal, why not? 



Reput menunggu dalam traffic jam - sekadar hiasan je