Sunday, 25 December 2011

Form 3

Termazkur Sejak Fitrahnya

Belajarlah daripada mentari pagi
Kerna ia mengajar kita
Untuk membina harapan
Ia pencetus langkah kemajuan
Ia pencetus kekuatan insan
Untuk memastikan kehidupan yang lebih baik dari semalam

Belajarlah daripada mentari terbenam 
Ia menyedarkan kita
Bahawasanya setiap sesuatu ada pengakhiran
Pencetus kesyukuran kerna masih bernyawa
Tika melihat ia tenggelam di ufuk barat

Belajarlah daripada langit dan lautan
Ia mengajar kita bahawasanya 
Yang bawah sentiasa meniru yang di atas
Sebagaimana lautan bertukar warna
Mengikut rentak irama milik langit
Kita hamba-Nya
Akan senantiasa meniru dan berada di bawah

Belajarlah daripada alam sekeliling
Kerna merekalah guru yang terbaik
Walau tiada lisan pernah terucap
Namun, mereka tetap menghadirkan ilham
Walaupun mereka tidak diiktiraf sebagai khalifah 
Tidak diiktiraf sesempurna seorang insan
Tidak dijadikan pengaman alam syahadah
Namun mereka tetap hamba-Nya, ciptaan-Nya
Yang tahu erti kesyukuran melebihi seorang insan.

"He created the heavens and earth in truth and formed you and perfected your forms; and to Him is the [final] destination." - Surah At-Taghabun (The Mutual Disillusion) : 3


Title-less.


Kepada Dia yang telah menciptakan cinta
Kutujukan seluhur kesyukuran
Namun, aku pelik, aku jelik
Melihat manusia
Melihat mereka mengejarnya
Bukan atas nama-Mu
Friendship is also a kind of love.
Bahkan atas kehendak nafsu


Kepada Dia yang menciptakan hati
Aku pohon hati sebersih Aisyah
Selembut Khadijah
Seindah Asiyah
Namun aku tidak pernah berehat
Daripada mengejar-Mu yang tidak pernah lari daripadaku
Atau mungkinkah
Arah larianku yang tersilap?


























Semester break and it is the time, other than catching up with resumed hobbies and watching crappy Malay drama (sorry ! >_<, not all though),  to reminisce the glory years of teen-hood. Turning to twenty sounds big for me and since insyaallah I'll be living in the other side of the world, leaving my family and the comfort of Malaysian food behind, its a big step. Hence, opening my past diaries do help me to build up my strength - searching back for myself, who I've lost in my journey at college. 


So, yeah. Just can't believe I'd wrote those poems above, when I was in Form 3. How poetic!Gosh +.+"
One day I'll burn those diaries, if they are not being eaten by termites or silverfish. Better to post 'em here. Safer, I guess :)


This post is also dedicated to my high school friends - Hidayati, Nurul, Ateng, Yati and Zati (these are the closest though, no heartfelt please :) ). Along the journey, I began to appreciate each of them. Now I can tell myself, there are no good friends like you guys. If there are, well, it would be at the other side of the world I guess, since I've not found any here. ...yet. 


" A weak man is the one who fails to find a friend. And the weakest of all is the one who has lost his friend " -Saidina Ali k.w.h.







Sunday, 18 December 2011

Comic: Dhuha





Sabda Rasulullah s.a.w. ," Ya Allah, berikanlah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi." - Hadis riwayat at-Tirmizi.


Usai solat Subuh, apakah yang sering kita lakukan?
Jika tidur semula sehingga tinggi matahari di langit, alangkah ruginya. Alangkah ruginya jikalau waktu Subuh juga terbabas.


Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Sesiapa sahaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. " - Hadis riwayat at-Tirmizi.

Sabda baginda lagi, "Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat."








Pagi adalah waktu segala kebaikan datang. Pagi menentukan bagaimanakah kita menghabiskan hari kita. 


Rezeki akan pergi begitu sahaja jika waktu pagi disia-siakan, terutamanya dengan tidur. 


Mengantuk akibat berjaga malam? Sesungguhnya telah disediakan waktu sebelum Zohor untuk kita berehat. 


Penuhilah waktu pagi, terutamanya dengan melaksanakan solat sunat dhuha. Ayuh!








"By the morning brightness
And [by] the night when it covers with darkness,
Your Lord has not taken leave of you, [O Muhammad], nor has He detested [you].
And the Hereafter is better for you than the first [life]."


Surat Ađ-Đuĥaá (The Morning Hours)

Verse 1-4


p/s: the characters in this comic are truly made-up. This comic has nothing to do with promoting certain brand. ;)




Friday, 16 December 2011

Kota Lama Kanan




"Did they not look at the earth - how much We have produced therein from every noble kind?"



"Indeed in that is a sign, but most of them were not to be believers."







Everything is as perfect as it is. 
It's the matter of thy heart, that opens thy eyes to see.

Surat Ash-Shu`arā' (The Poets) , 7-8

Friday, 9 December 2011

About truth.

I love doing videos. Fisabilillah, insyaallah.You can hire me if you want :). 

Senja


Aku suka keluar jalan-jalan cari makan time senja waktu kat kolej. Sebab? Sebab time tu, menurut mak aku, tak elok study. So, dah takde benda nak buat and normally aku akan start study around 8 p.m ++, itulah waktu paling sesuai untuk keluar for dinner. Kelas pun selalunye habis at 4 p.m. and kadang kala sampai kolej kediaman pun jam 5 p.m. Jadi, menurut 'fatwa' aku, itulah waktunya; the perfect time for dinner-hunting.

Tapi, satu yang aku tak sedar selama ini - makhluk lain pun dinner-hunting pada waktu senja.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Sekiranya manusia mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya mereka tidak akan berani berjalan sendirian di malam hari".

...and normally I will walk alone, to the nearest diner, sebab nak cepat.

Hurm, apa yang aku duk risaukan?
Rasulullah nampak, aku tak.

Hadis dari Jabir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja. Kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja".

Sebenarnya, banyak 'aktiviti' tatkala waktu senja berlabuh. Cuma, kita sahaja yang dihijab daripada melihat 'pesta senja' ni.

1. Syaitan dan jin keluar berpusu-pusu dari tempat mereka.
2. Syaitan dan jin akan masuk ke dalam kediaman manusia sama ada untuk menggoda atau menumpang makan.
3. Tertarik kepada aurat manusia - mereka akan menjadikan (censored, maaf) kemaluan manusia sebagai kediaman .

Sungguh sempit pengetahuan aku. Selama ini, aku ingatkan datuk nenek dulu tak beri keluar senja sebab takut kita jumpa hantu, momok etc. Tapi semakin aku membesar, aku tak ambil kisah sangatla sebab selama aku keluar waktu senja, tak ada apa-apa pun.

Tapi harus aku akui, ada kebenarannya. Di kolej pada waktu senja, tingkap bilik aku masih terbuka, and with the fact aku keluar senja, makin banyaklah makhluk yang bermaharajalela dalam bilik aku. The effect?If to compare between me now (practising the mentioned dawn activities), and me during high school (day school), waktu selepas senja mesti I get extremely drowsy. Kat rumah dulu, boleh je berjaga tanpa mengantuk till midnight.

Cara-cara nak atasi:

1. Jangan keluar senja. Jika terpaksa (urusan yang sangat dituntut syarak), bacalah ayat-ayat pelindung dan tutuplah bahagian kepala. Sesungguhnya syaitan dan jin suka memasuki 'daerah' tersebut.

2. Jangan mandi waktu senja. Terutamanya ketika azan Maghrib. Tatkala azan berkumandang, jin dan syaitan akan lari bertempiaran. Oleh sebab makhluk sebegini suka akan kekotoran, jadi tandaslah tempat terbaik untuk menyorok.

3. Hadis riwayat Saidina Ali k.w.j., Rasulullah s.a.w. bersabda ,"Tabir antara mata jin dan aurat-aurat Bani Adam, jika salah seorang daripada kamu memasuki bilik mandi, hendaklah ia mengucapkan Bismillah". Atau doa masuk tandas : Allahumma inni a'uzubika minal khubusi walkhabais (Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada godaan syaitan lelaki dan perempuan)

Ilmu ini dipetik dari majalah al-Islam, keluaran Nov 2011. Hanya berkongsi dan menyampaikan,Wallahualam.