Saturday, 8 September 2012

alkisah II.

...continued


Kalau, KALAU hidup ini fairytale, lepas menghadapi cobaan-cobaan, pastu akan ketemu bahagia kan. Pastu citer tu abruptly habis camtu je. Happily ever after. Tu je.

.


Ituu aje??
Hidup ini fairytale.huhu. ok seram.


Haha. Mendapat surat tawaran bukanlah happy ending. Ohoi, hidup ni mane ade happy ending! Husnul khatimah adela! Dan kemudian belum ending lagi, ade lagi Hari Akhirat and the places beyond that (Heaven or Hell). There’s no definite ending. Think of...FOREVER. huaa~

Masuk summer semester dan waktu inilah orang akan berheboh-heboh pasal visa interview, i20, sevis fee dan macam-macam lagi. Macam biasala, aku ringkaskan saje, akula yang tak dapat i20 lagi.

Iklan: i20 tu adalah surat dari pihak university yang membenarkan kita untuk apply visa F1. Visa F1 tu adalah visa yang membenarkan kemasukan warga asing ke US sebagai pelajar, dan tertakluk kepada jangka masa waktu pengajian. Macam kami (sebab 1 batch ni memang ditawarkan belajar selama 3 tahun sahaja), so kami dapat visa selama 5 tahun (sampai 2017), dan selama itulah kami dibenarkan menapakkan kaki ke tanah penuh peluang itu (Land of Opportunity).

Summer sem hanya <2 bulan. Dekat-dekat nak hujung jugakla aku dapat i20. Hadoi...syukur syukur. Itu pun setelah menjalani proses paksaan yang sama – call, email, call (Pergh determine sangat nak masuk UB neh!). Dengan gumbiranya aku pon call la kawan aku dengan harapan die dapat membantu isi boring online interview visa yang diuar-uarkan sangatlah panjang dan memberi tekanan. Huh.

Bukak bukak je package i20 tuh...bammm!

 Place of birth: Malawi. MALAWI!
Ya Allah.

 
Sahabat sekampung di Malawi =.="

Iklan: kalau nak buat visa, maklumat di i20 tu mesti tepat, waima nama binti bin sekali pun. Kalau silap, babai visa, babai usa.

Haaa, malam tu jugak aku call UB. Mintak issue i20 yang lain segera – ok aku agak ‘menipu’ yang visa interview aku dalam jangka masa 3 hari camtu, walhal aku tak set pun lagi tarikh interview. Sebab kalau tak paksa, alamatnye sampai hari aku menaip ni aku tak dapat lagi kot i20 tu.  Hey tapikan memang cepat giler package kedua sampai, macam 2-3 hari within that week jugak. Haha. In certain condition, we must act cunning. Heheh.

Tamat dah cerita menyayat hati ni?Oho belum lagi aihh...hahaha. Like I said, susah bebeno nak masuk UB ni. I wonder what awaits me there. What is God preparing me for?

Haa...hari ni, hari aku menaip ni, adalah 5 ogos. Flight aku ke buffalo, dengan sekali transit di Korea insyaallah dan transit-transit domestic berikutnya, adalah pada 15 ogos. Yes, lagi 10 hari nak prepare semua. SEMUA. Ini termasuklah dokumen-dokumen yang memeningkan kepala. I must admit, when it comes to documents, especially kalau kertas belambak-lambak tu...aku cepat give in. I will susun kejap, pastu gi tengok tv.hahaha. seriously, all those docs just pain to the eyes. And brain.
Oh ye...obstacle ape lagi menanti?

Aku takde rumah lagi hoiii!


p/s: Kisah ini ditaip pascamendarat semata untuk melepaskan stress. Tidak dibuang dari memori laptop atas sebab-sebab yang telah dinyatakan.

dannn

degree ujian dari Allah untuk setiap orang adalah berbeza. (deep,...deep)

Thursday, 30 August 2012

Alkisah.


Bismillahirrahmanirrahim.

Kisah ini ditaip semata-mata untuk menghargai waktu-waktu getir dan gembira yang pernah ditempuh. Semoga perjalanan ini tak dilupakan, dan menjadi semangat motivasi untuk masa hadapan hendaknya. :D

 UB nan indah

Entah kenape susah sangat nak masuk UB ni. And it all begins starting from Spring semester lagi.
Orang lain semua dah dapat dah offer letter, and this include budak2 yang apply for UB as well (my batch). Tensen. Encik Sohami kate kalau tak dapat tu resort to other university in the list jela. Tapi takpe, aku still yakin insyaallah aku dapat, even though hari berganti hari, and aku makin jadi macam mayat hidup. Luar je nampak aku pakai colourful, tapi dalam hati (and aku rase ternampak jua di wajahku ahaai), gelap takde pelita. Yes, memang aku apply lagi dua university – Rochester Institute of Technology (RIT) & Indiana University Bloomington. Yang pertama dapat was RIT. And I was happy – so phony. ~ Afterward, aku dapat IU. Ouish...even orang yang nak pergi IU pun tak dapat lagi. Tapi macam previous case, I was faking happy. Bersyukur tu yes, tapi selagi tak dapat UB, I won’t be happy – the real happy.

Silapnya? Oho aku rase nak menyumpah seranah dalam bahasa Sanskrit je. Just because dorang tak dapat salinan TOEFL aku. TOEFL! Aku dah print-screen, scan, even hantar hard copy, still tak dapat. Jadinye, benda tu kacau review aku. Hmppdfdfiei*)***18293.

So, takpe...takpe. Hantar again. And again. Then, jeng jeng jeng...datang la announcement that says all jpa-sponsored students must inform their university of choice before May something. Ah sudah. Surat tawaran university tak dapat lagi. OK tension. Chemistry lecture plak dah mcm keretapi shinkansen. Quiz kena score!Exam dah dekat. Aahh sudah!

Mengambil langkah drastic lagi desperate, aku pun call UB. Alhamdulillah the conversation didn’t take long. Alhamdulillah the people there can understand my English. Heheh. Means accent aku ok la tu kan?haha. =.=”  Apa aku cakap?Ngahaha. Aku cakap, if yes I was accepted, please keluarkan surat tawaran tu segera sebab sponsor saya nak pilihan university muktamad. Boy...I really sound like “If you don’t take me, I will *** your campus!” . LOL. Serious memaksa. Hahahaha. But it worked. Alhamdulillah. The power of persuasion.

Alhamdulillah, maka dapatla aku offer letter before May something tu. Waima aku agak kecik hati dengan takdir aku – was among the last persons kot yg dpt offer letter.And i am telling you during this stressful hours, you’ll found your true friend(s). You will know your limits, how you really act and behave in this hard moment. Your relationship with God; whether you worship Him because of the oblivious worldly matter (ie kelancaran dalam urusan harian, rezeki, etc) or purely because you WANT to worship Him. How your faith towards Qada’ and Qadar and so forth. Gosh, without such trial, you’ll never know you will learn so much from life – tapi aku bersyukur, sebab aku dapat jugak ape yang aku nak. Waahhh tu dia optimism!

Oho kisah ini tak habis di sini. No no.Nehi.

p/s: I would change this blog title and description. sungguh tak sesuaei...~ignore my grammar, for both languages. this is a blog.hoho

Sunday, 25 December 2011

Form 3

Termazkur Sejak Fitrahnya

Belajarlah daripada mentari pagi
Kerna ia mengajar kita
Untuk membina harapan
Ia pencetus langkah kemajuan
Ia pencetus kekuatan insan
Untuk memastikan kehidupan yang lebih baik dari semalam

Belajarlah daripada mentari terbenam 
Ia menyedarkan kita
Bahawasanya setiap sesuatu ada pengakhiran
Pencetus kesyukuran kerna masih bernyawa
Tika melihat ia tenggelam di ufuk barat

Belajarlah daripada langit dan lautan
Ia mengajar kita bahawasanya 
Yang bawah sentiasa meniru yang di atas
Sebagaimana lautan bertukar warna
Mengikut rentak irama milik langit
Kita hamba-Nya
Akan senantiasa meniru dan berada di bawah

Belajarlah daripada alam sekeliling
Kerna merekalah guru yang terbaik
Walau tiada lisan pernah terucap
Namun, mereka tetap menghadirkan ilham
Walaupun mereka tidak diiktiraf sebagai khalifah 
Tidak diiktiraf sesempurna seorang insan
Tidak dijadikan pengaman alam syahadah
Namun mereka tetap hamba-Nya, ciptaan-Nya
Yang tahu erti kesyukuran melebihi seorang insan.

"He created the heavens and earth in truth and formed you and perfected your forms; and to Him is the [final] destination." - Surah At-Taghabun (The Mutual Disillusion) : 3


Title-less.


Kepada Dia yang telah menciptakan cinta
Kutujukan seluhur kesyukuran
Namun, aku pelik, aku jelik
Melihat manusia
Melihat mereka mengejarnya
Bukan atas nama-Mu
Friendship is also a kind of love.
Bahkan atas kehendak nafsu


Kepada Dia yang menciptakan hati
Aku pohon hati sebersih Aisyah
Selembut Khadijah
Seindah Asiyah
Namun aku tidak pernah berehat
Daripada mengejar-Mu yang tidak pernah lari daripadaku
Atau mungkinkah
Arah larianku yang tersilap?


























Semester break and it is the time, other than catching up with resumed hobbies and watching crappy Malay drama (sorry ! >_<, not all though),  to reminisce the glory years of teen-hood. Turning to twenty sounds big for me and since insyaallah I'll be living in the other side of the world, leaving my family and the comfort of Malaysian food behind, its a big step. Hence, opening my past diaries do help me to build up my strength - searching back for myself, who I've lost in my journey at college. 


So, yeah. Just can't believe I'd wrote those poems above, when I was in Form 3. How poetic!Gosh +.+"
One day I'll burn those diaries, if they are not being eaten by termites or silverfish. Better to post 'em here. Safer, I guess :)


This post is also dedicated to my high school friends - Hidayati, Nurul, Ateng, Yati and Zati (these are the closest though, no heartfelt please :) ). Along the journey, I began to appreciate each of them. Now I can tell myself, there are no good friends like you guys. If there are, well, it would be at the other side of the world I guess, since I've not found any here. ...yet. 


" A weak man is the one who fails to find a friend. And the weakest of all is the one who has lost his friend " -Saidina Ali k.w.h.







Sunday, 18 December 2011

Comic: Dhuha





Sabda Rasulullah s.a.w. ," Ya Allah, berikanlah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi." - Hadis riwayat at-Tirmizi.


Usai solat Subuh, apakah yang sering kita lakukan?
Jika tidur semula sehingga tinggi matahari di langit, alangkah ruginya. Alangkah ruginya jikalau waktu Subuh juga terbabas.


Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Sesiapa sahaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. " - Hadis riwayat at-Tirmizi.

Sabda baginda lagi, "Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat."








Pagi adalah waktu segala kebaikan datang. Pagi menentukan bagaimanakah kita menghabiskan hari kita. 


Rezeki akan pergi begitu sahaja jika waktu pagi disia-siakan, terutamanya dengan tidur. 


Mengantuk akibat berjaga malam? Sesungguhnya telah disediakan waktu sebelum Zohor untuk kita berehat. 


Penuhilah waktu pagi, terutamanya dengan melaksanakan solat sunat dhuha. Ayuh!








"By the morning brightness
And [by] the night when it covers with darkness,
Your Lord has not taken leave of you, [O Muhammad], nor has He detested [you].
And the Hereafter is better for you than the first [life]."


Surat Ađ-Đuĥaá (The Morning Hours)

Verse 1-4


p/s: the characters in this comic are truly made-up. This comic has nothing to do with promoting certain brand. ;)




Friday, 16 December 2011

Kota Lama Kanan




"Did they not look at the earth - how much We have produced therein from every noble kind?"



"Indeed in that is a sign, but most of them were not to be believers."







Everything is as perfect as it is. 
It's the matter of thy heart, that opens thy eyes to see.

Surat Ash-Shu`arā' (The Poets) , 7-8

Friday, 9 December 2011

About truth.

I love doing videos. Fisabilillah, insyaallah.You can hire me if you want :). 

Senja


Aku suka keluar jalan-jalan cari makan time senja waktu kat kolej. Sebab? Sebab time tu, menurut mak aku, tak elok study. So, dah takde benda nak buat and normally aku akan start study around 8 p.m ++, itulah waktu paling sesuai untuk keluar for dinner. Kelas pun selalunye habis at 4 p.m. and kadang kala sampai kolej kediaman pun jam 5 p.m. Jadi, menurut 'fatwa' aku, itulah waktunya; the perfect time for dinner-hunting.

Tapi, satu yang aku tak sedar selama ini - makhluk lain pun dinner-hunting pada waktu senja.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Sekiranya manusia mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya mereka tidak akan berani berjalan sendirian di malam hari".

...and normally I will walk alone, to the nearest diner, sebab nak cepat.

Hurm, apa yang aku duk risaukan?
Rasulullah nampak, aku tak.

Hadis dari Jabir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja. Kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja".

Sebenarnya, banyak 'aktiviti' tatkala waktu senja berlabuh. Cuma, kita sahaja yang dihijab daripada melihat 'pesta senja' ni.

1. Syaitan dan jin keluar berpusu-pusu dari tempat mereka.
2. Syaitan dan jin akan masuk ke dalam kediaman manusia sama ada untuk menggoda atau menumpang makan.
3. Tertarik kepada aurat manusia - mereka akan menjadikan (censored, maaf) kemaluan manusia sebagai kediaman .

Sungguh sempit pengetahuan aku. Selama ini, aku ingatkan datuk nenek dulu tak beri keluar senja sebab takut kita jumpa hantu, momok etc. Tapi semakin aku membesar, aku tak ambil kisah sangatla sebab selama aku keluar waktu senja, tak ada apa-apa pun.

Tapi harus aku akui, ada kebenarannya. Di kolej pada waktu senja, tingkap bilik aku masih terbuka, and with the fact aku keluar senja, makin banyaklah makhluk yang bermaharajalela dalam bilik aku. The effect?If to compare between me now (practising the mentioned dawn activities), and me during high school (day school), waktu selepas senja mesti I get extremely drowsy. Kat rumah dulu, boleh je berjaga tanpa mengantuk till midnight.

Cara-cara nak atasi:

1. Jangan keluar senja. Jika terpaksa (urusan yang sangat dituntut syarak), bacalah ayat-ayat pelindung dan tutuplah bahagian kepala. Sesungguhnya syaitan dan jin suka memasuki 'daerah' tersebut.

2. Jangan mandi waktu senja. Terutamanya ketika azan Maghrib. Tatkala azan berkumandang, jin dan syaitan akan lari bertempiaran. Oleh sebab makhluk sebegini suka akan kekotoran, jadi tandaslah tempat terbaik untuk menyorok.

3. Hadis riwayat Saidina Ali k.w.j., Rasulullah s.a.w. bersabda ,"Tabir antara mata jin dan aurat-aurat Bani Adam, jika salah seorang daripada kamu memasuki bilik mandi, hendaklah ia mengucapkan Bismillah". Atau doa masuk tandas : Allahumma inni a'uzubika minal khubusi walkhabais (Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada godaan syaitan lelaki dan perempuan)

Ilmu ini dipetik dari majalah al-Islam, keluaran Nov 2011. Hanya berkongsi dan menyampaikan,Wallahualam.