Saturday, 25 January 2014

Keluhan seorang pelajar tahun ketiga

Bismillah,

Keindahan yang semu,
Semua hanya palsu...
(Cinta yang Sempurna - 6ixth Sense ft. Noe Letto)

Ah logiklah pada umur-umur sebegini, 20-an, untuk memikirkan masalah teman sehidup semati. Bukanlah satu masalah pun, tapi boleh jadi masalah kalau salah cara mengendalikannya.

Kepada bachelor bachelorette luar sana yang masih single dan available, saat-saat kehidupan sekarang merupakan saat kritikal untuk mencari pasangan hidup. Ehhh kenala kritikal! Yela, kalau tak cepat nanti insan yang ditenang disambar orang. Kalau takde insan yang ditenang-tenang, mungkin risiko menjadi bujang terlajak makin meningggi setiap saat, minit, dan hari.

Teringat kepada skrip Joni, dari filem Indonesia "Janji Joni", kalau tak silap bunyinya macam ini:

"Aku sudah berumur 22 tahun, dan masih tidak punya pacar"

LO. Aku sendiri pun tak pernah nak mempersoalkan persoalan terbabit. Terlintas di fikiran memang ada, tapi takdela sampai disuarakan oleh suara hati, apatah lagi dibebelkan. Huhu.

Arghh pening bukan? Dah nak grad, tapi aweks takde lagi. Kalau ada si pengarang jantung pun, macam mana nak approach? Jikalau anda lebih Islamic, persoalan siapakah yang harus menjadi orang tengah turut menyumbang kebingungan dalam diri.

Ah kawan, jangan risau. Doa jela kan? Doa je supaya Allah tolong berikan kepada kita si putera/puteri idaman hati yang betul-betul ikut piawaian yang telah kita tentukan. Atau...

Ahhh...doa sahajalah yang specific, kalau sudah ada pilihan hati.



"Ya Allah, jodohkanlah aku dengan Maimunah anak Lebai Karim itu, Amin!!!"


OH YEAHH Maimunah anak Lebai Karim! - Photo Credit


Ha kan senang.

Takut...takut jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
(Tanpa - 6ixth Sense) 


Hmmm...actually kawan, tak jugak. Mari kita fikir sejenak, apakah sebab menikah itu hanya kerana untuk memuaskan nafsu kita? Iya, nafsu untuk memandang si anak dara penyejuk mata, nafsu untuk bersama si tampan yang kaya raya, etc. Kalau ya, aihhh cepat tukar niat!

Eh tapi Rasulullah kan dah bagi tips untuk pilih pasangan? Cantik dan kaya kan termasuk dalam list?

Betulllll tak disangkal. Namun ciri yang terakhir adalah agama, right? Selalunya perkara yang terakhir disebut adalah perkara paling penting. Cuba lihat karangan Bahasa Melayu anda, bukankah point untuk perenggan terakhir merupakan point bertaraf emas untuk mendapatkan markah tambahan daripada pemeriksa? Dan kalau anda pendebat terkenal di sekolah tatkala dahulu, bukankah point terakhir anda merupakan libasan pedang untuk pihak pembangkang yang tak reti-reti nak mengaku mereka memang ditakdirkan untuk kalah?
Pointnya di sini, agama seseorang itu penting. Tapi yang paling penting, agama kita sendiri.

Teringat satu part daripada novel karya Hlovate, "Versus",

"Pasangan kita itu akan berubah kalau kita juga berubah" (obviously aku tak ingat kata-kata yang sebenar)

Adalah lebih baik bagi kita menjaga diri kita sendiri, yakni memperdalamkan pengetahuan agama, meningkatkan nilai diri dengan menuntut ilmu, memperbanyakkan aktiviti sukarela dan sebagainya. Sebab in shaa allah, kalau kita dah jadi orang baik, in shaa allah Allah akan menjodohkan kita dengan orang baik juga.

Jangan pula kalian berfikir, kalau kalian berubah, maka si pengarang jantung itu juga akan berubah. Manalah tau, kut-kut si pengarang jantung itu bukanlah jodoh anda. Mungkin ada yang lebih baik daripada dia? Ah, berubah, bukan sebab orang, tapi sebab Allah. Sebab nak selamatkan diri sendiri daripada azab-Nya, dan meraih nikmat-Nya di dunia sana kelak.


Motif taip post macam ni? Sebab aku nak grad dah in shaa allah. Lalu sesi hati ke hati dengan seorang rakan sebentar tadi membuatkan aku terfikir, tujuan hidup ini lebih dari sekadar menjalani hidup seperti "Ada Apa Dengan Cinta", atau "Eiffel...I'm in Love".

Katanya, "Kalau kau nak tahu itu jodoh kau, everything will go smooth with that person. Tau-tau kau dah kahwin"


Yang dicinta 'kan pergi,
Yang didamba 'kan hilang...
(Maha Melihat - Opick ft. Amanda)


Oh ya, terima kasih kawan. Nasihat yang bagus bagi memulakan semester kedua tahun ketigaku. ;)


p/s: Maimunah anak Lebai Karim bukanlah watak yang wujud, at least dalam hidup penulis.

No comments:

Post a Comment