Saturday 8 September 2012

alkisah II.

...continued


Kalau, KALAU hidup ini fairytale, lepas menghadapi cobaan-cobaan, pastu akan ketemu bahagia kan. Pastu citer tu abruptly habis camtu je. Happily ever after. Tu je.

.


Ituu aje??
Hidup ini fairytale.huhu. ok seram.


Haha. Mendapat surat tawaran bukanlah happy ending. Ohoi, hidup ni mane ade happy ending! Husnul khatimah adela! Dan kemudian belum ending lagi, ade lagi Hari Akhirat and the places beyond that (Heaven or Hell). There’s no definite ending. Think of...FOREVER. huaa~

Masuk summer semester dan waktu inilah orang akan berheboh-heboh pasal visa interview, i20, sevis fee dan macam-macam lagi. Macam biasala, aku ringkaskan saje, akula yang tak dapat i20 lagi.

Iklan: i20 tu adalah surat dari pihak university yang membenarkan kita untuk apply visa F1. Visa F1 tu adalah visa yang membenarkan kemasukan warga asing ke US sebagai pelajar, dan tertakluk kepada jangka masa waktu pengajian. Macam kami (sebab 1 batch ni memang ditawarkan belajar selama 3 tahun sahaja), so kami dapat visa selama 5 tahun (sampai 2017), dan selama itulah kami dibenarkan menapakkan kaki ke tanah penuh peluang itu (Land of Opportunity).

Summer sem hanya <2 bulan. Dekat-dekat nak hujung jugakla aku dapat i20. Hadoi...syukur syukur. Itu pun setelah menjalani proses paksaan yang sama – call, email, call (Pergh determine sangat nak masuk UB neh!). Dengan gumbiranya aku pon call la kawan aku dengan harapan die dapat membantu isi boring online interview visa yang diuar-uarkan sangatlah panjang dan memberi tekanan. Huh.

Bukak bukak je package i20 tuh...bammm!

 Place of birth: Malawi. MALAWI!
Ya Allah.

 
Sahabat sekampung di Malawi =.="

Iklan: kalau nak buat visa, maklumat di i20 tu mesti tepat, waima nama binti bin sekali pun. Kalau silap, babai visa, babai usa.

Haaa, malam tu jugak aku call UB. Mintak issue i20 yang lain segera – ok aku agak ‘menipu’ yang visa interview aku dalam jangka masa 3 hari camtu, walhal aku tak set pun lagi tarikh interview. Sebab kalau tak paksa, alamatnye sampai hari aku menaip ni aku tak dapat lagi kot i20 tu.  Hey tapikan memang cepat giler package kedua sampai, macam 2-3 hari within that week jugak. Haha. In certain condition, we must act cunning. Heheh.

Tamat dah cerita menyayat hati ni?Oho belum lagi aihh...hahaha. Like I said, susah bebeno nak masuk UB ni. I wonder what awaits me there. What is God preparing me for?

Haa...hari ni, hari aku menaip ni, adalah 5 ogos. Flight aku ke buffalo, dengan sekali transit di Korea insyaallah dan transit-transit domestic berikutnya, adalah pada 15 ogos. Yes, lagi 10 hari nak prepare semua. SEMUA. Ini termasuklah dokumen-dokumen yang memeningkan kepala. I must admit, when it comes to documents, especially kalau kertas belambak-lambak tu...aku cepat give in. I will susun kejap, pastu gi tengok tv.hahaha. seriously, all those docs just pain to the eyes. And brain.
Oh ye...obstacle ape lagi menanti?

Aku takde rumah lagi hoiii!


p/s: Kisah ini ditaip pascamendarat semata untuk melepaskan stress. Tidak dibuang dari memori laptop atas sebab-sebab yang telah dinyatakan.

dannn

degree ujian dari Allah untuk setiap orang adalah berbeza. (deep,...deep)