Thursday 17 April 2014

Tempat bersandar




Perasan tak, with a slight change in the font, lagu ini dapat mengingatkan kita kepada Tuhan?


Tanpa sebarang nama Tuhan,
Hanya sifat-Nya,
Cukup untuk mengingatkan kita kepada Tuhan,

Padahal kalau dibuka video klip asal lagu ini, aku tak rasa Neo asalnya menulis puisi ketuhanan.

Indahkan. Listen to it. Sounds so "mukhlis" (sincere).


Kita terlalu menekankan romanticism dalam agama sehingga kita lupa to get back to the basics. Agama yang pada asalnya hanyalah untuk kita mengenal Tuhan (langsung beribadah kepada-Nya) kini sudah menjadi terlalu complicated. Term ini term itu, pening. Kalau tak guna, tak masuk group. Kalau guna, eh pelik pula. Tak pernah-pernah guna sebelum ini. Kawan-kawan lagi mesti akan cakap "tibbah sangat ni!".

Entahlah kawan, apa agama bagimu?

Adakah dengan menyebut "Oh my God" saat mendapat tahu kelas esok dibatalkan atau saat terkejut kawan anda membelikan anda iPhone 5 (huh? Adeke kawan macam ini? Haha. Mungkin) menjadi indikasi bahawa anda bertuhan?

Hm. Apa itu bertuhan, kawan?







Entahlah kawan. Kita kehilangan erti ketuhanan. Tanpa sedar kita beragama tapi tiada bertuhan. Oh, ada juga yang bertuhan namun hidup tanpa agama.
Aku kagum bagaimana para sahabat Rasulullah s.a.w. dahulu, sebelum semua ibadat-ibadat yang kita tahu kini di-established, yang syahid, terus masuk ke syurga. Tak, tak perlu teruk-teruk beribadah, hanya ikhlas kepada Tuhan. Tapi itu dahulu. Kawan itu dahulu. Setelah pena diangkat untuk perkara yang diwajibkan, kita perlu laksanakan. Exception ke Jannah tanpa ibadah yang kaw-kaw hanyalah pada zaman pre-Islam sahaja. Mereka ada ujian mereka, kita ada ujian kita. Tapi point aku, kawan, aku merasa hilangnya keikhlasan dengan perhiasan agama yang terlalu merimaskan.

Alhamdulillah aku termasuk dalam kalangan mereka yang berubah, in shaa allah. Aku tahu bagaimana rasanya, ada mata-mata memandang saat kita lakukan kesilapan di luar norma agama. Aku tahu apa rasanya saat ada masalah memahami perkara-perkara agama yang sulit namun simple di mata mereka. Aku tahu. I've been there and alhamdulillah Allah saved me, still saving me, and I hope he will save me in the future in shaa allah. 

Lalu bagaimana kawan, untuk mereka yang mahu berubah namun disebabkan oleh elemen-elemen agama yang memberatkan, yang dibawa oleh para hipokrit itu, lalu bagaimana untuk berubah? Tiada ruang. Susah. Sempit. Sesak. Lemas, tak bernafas.

Entahlah kawan.

Teruskan saat niat sedang terpacak di hati. Jangan toleh ke belakang, teruskan langkah. Biar mereka kritik, biar. Dengar jika tidak mampu dibisukan. Pekakkan telinga, jika kaki tidak dapat membawa pergi. Teruskan niat, sebab kau ikhlas, kawan.

Siapa sangka, yang mendengar Linkin Park mungkin sedang mengingati Tuhan dengan lebih khusyuk berbanding yang berdiri malam menunaikan qiam. 

Kalau hati ingin mengingati Tuhan, segala perkara kau akan lihat Dia.




Oh, "Cinta Yang Sempurna" by 6ixth Sense ft. Neo Letto juga antara lagu ketuhanan tanpa nama Tuhan. :)
Carian seleksi nasyid Malaysia kebanyakannya mengenai soal jodoh dan pernikahan. Bro, tak semua mahukan romanticism agama sebegitu rupa. Kami hanya mahukan Tuhan. Saya mahukan Tuhan.