Tuesday 30 June 2015

Acano nak jadi kaya ni

TENSEN BETOI APSAL SEMUA ORANG SURUH AKU AMBIK PHD NIIIIIH.



OK.




Entahlah mungkin aku dah malas belajar.
Tapi tak jugak.

Sunday 28 June 2015

Rant seorang penganggur part time.

Hangin.

Punyalah niat Ramadan untuk bayar bil telefon aku suci bersih ikhlas,
namun dihalang dek "Secure Connection Failed" acap kali aku menekan butang nak membayar melalui akaun simpanan. Kalau guna Visa, boleh pulak tapi masalahnya aku belum tukar kad bank ke Visa lagi. Kad bank masih lapuk. Dahla lapo ni. Lapo tau lapo. Eceh malas nak berjalan ke dapur membuat secangkir Vico sebenarnya.

Sabau jela. Esoklah nampaknya. Kena tunggu opis bukak gamaknya walaupun dah ada kemudahan atas talian. Apekehe.

Okay, not a very positive way of opening a post.

Anyways.


Dah  3 minggu semenjak pulang ke Malaysia. Dua minggu duduk rumah tak buat pa, duk maen game dengan baca buku. Maen game pun buhsan...maka dah lebih seminggu tergendala hasil cucuk tanaman tak diambil, pekan kecil aku Annaville dah tak diselenggara dengan baik. Mungkin macam inila yang dilalui oleh ketua-ketua daerah/kawasan yang tak berdisiplin. Huhu. Sah aku tak boleh masuk politik.

Lepas 2 minggu, baru start cari kerja sambilan. Kerja cikgu tuisyen on-call. Haaa...ingat doktor je ade on call ke. Alhamdulillah setakat ni adelah mengajar (baca: substitute) 2 hari, satu hari tu English, satu lagi Modern Maths. Lepaslah untuk duit minyak kereta dan nak bayar bil telefon (yang tak dibayar lagi sebab servis tahpape. Kufur nikmat. Waktu bil diuruskan oleh Encik al-W dahulu kala tak bayar ikut masa. Tula hang, dulu bil orang uruskan hang malaih nak bayaq...bukan malaih ya Encik al-W, tapi lupa. Serius. Terima kasih bagi diskaun).

Pastu, sepanjang 3 minggu ni duk makan megi. Tiga tahun makan megi dengan kuota berkala mana puas beb. Dulu zaman hidup di Malaysia, amalan after exam aku pasti makan megi. Konon nak break the nerdy habit dengan mengembangbiak benih-benih kejahilan dalam sel otak. Tapi sekarang ni kira qada' megi lah ni. Sebelum masuk sekolah balik baik aku pulun pueh pueh. Amaran: danger makan megi nanti rambut guguq. Amaran kepada amaran: Tiada kesahihan untuk maklumat ini. Sekadar acah-acah manja amaran jangan makan megi selalu.

Walaupun path hidup aku macam dah cun, tapi tetap rasa something is missing. Like I'm not on the right track. Motif hidup aku lain. Adelah cita-cita aku tapi sebab mak aku dan sebab Encik Komitmen, aku ambik jalan yang lain macam sikit. Aku harap the road not taken ni will take me somewhere awesomer. 

Sambil-sambil menunggu masuk sekolah baru, aku rasa nak apply buat something. Biasalah fresh grad mata duitan. Nak settle path hidup cepat sebab aku nak share hidup dengan Encik Komitmen dah in shaa allah.


Diharap Encik Komitmen faham kenapa diri ini menyepi dan macam feelingless je. Atas special request for Ramadan (diharap berterusan hendaknya, sampailah...sampai), dan atas nak fokus pada jalan not taken ni, dan atas sebab diri dah terbiasa merindu (rindu for real true story, bukan sekadar aksara romawi).

Rindu jela yang mampu. Hang bukan halal lagi huh. Kisah tragis seorang #penunggu.


 ---

Momen berlalu tibbah dapat idea.
Encik Komitmen lama-lama nanti aku taip jadi Encik K, pastu lamaaa lagi terus jadi EK. Wah wah macam DK. Kot kot jadi DK one day aite mate? Tapi  by then kena tukar nama asal jadi DMIMI harhar hambar.

Sah aku kena cari kerja segera. Memenuhi ruangan kosong dalam otak ni.

 EK, hang jangan ingat cek tak cek gsheet tu. 

Wednesday 24 June 2015

No feelings.

Sebelum-sebelum ini aku tak perasan,
but lately, since I'm getting older, I realize bit by bit that everyone has a little demon in themselves.


Aku mula sedar yang aku kurang memberi perhatian kepada sesuatu semenjak aku mengenal seseorang ni. Pada awalnya aku masih ignore pesanannya. Though nasihatnya ikhlas, tapi kurang mengena hati aku. Bukan salah dia, tapi salah aku. Dia nampak aku agak materialistic, which I'm not denying - and hey, that's a very good observation there. Keen eye, brother - dan dia nampak kurangnya aku di part itu.

Mungkin sebab childhood yang aku lalui, menjadikan itu kekurangan aku. Beb, kenalah ada kekurangan ye dok. Dah semua nampak perfect, tapi memandangkan aku masih di dunia, kalau tak ade kekurangan, jadi imperfect pulak.


Kasih sayang.

Mungkin aku banyak dapat dari sekeliling, semenjak kecil, menjadikan aku manusia yang terbiasa menerima dan kekok memberinya. Lebih tepat, kedekut perasaan.

Dia, mungkin, kurang menerimanya sewaktu dahulu, lalu menjadi orang yang ingin mendapatkannya. Lalu dia membuat pelaburan. Dia memberi sebanyak-banyak kasih sayang kepada orang di sekelilingnya dengan harapan mendapat pulangan pelaburan itu. Biar sedikit, janji dapat. Dan aku katakan begini bukan untuk meletak dia pada taraf bawah yang rendah, tapi sekadar pemerhatian aku. Yang aku lihat dia pada strata yang mulia. Siapa tak suka penyayang?


Ini hanyalah observation aku yang baru hidup 20-an tahun, dan hanya memiliki ijazah komunikasi dengan limited psychology courses taken. Itu pun, paling tinggi, psych level 400. Itu pun, kelas tentang cara nak buat research. Bukan nak kata pemerhatian aku tak boleh pakai langsung, tapi mungkin hanya boleh diguna sebagai sekadar sandaran, atau sebagai permulaan untuk berfikir tentang kenapa orang-orang di sekeliling mempunyai sikap-sikap dan karakter tertentu.

Link semula dengan childhood. No wonder Sigmund Freud with his annoying theories related to childhood. 

Kadang-kadang entah bagaimana nak express. He said, "jangan...nanti menyesal." Dan selalunya aku terdiam, atau menyambung dengan "tapi..." Bila jauh ada rasa kasihan, bercampur baur dengan rindu dan ingin aku tunjukkan/balaskan kasih sayang itu. Tapi bila dekat...oh my God...rasa macam dalam oven 200 degree Celsius. 

Entah bagaimana nak ubah.
Aku nak berubah tapi....see...tapi lagi.
"Tapi" ini bukan sebarang tapi. Tapi yang paling berat bagi aku.

Malu.
Malu aku dengan dia yang penuh kasih sayang.
Kalaulah aku boleh study hati dia. Kasih sayang for dummies.

Terbeban.
Sebab mungkin ini harga untuk syurga, tapi liat aku membayar installment. 

Hopeless.
Hopeless sebab aku mungkin tak akan jadi macam mak aku.
Untuk mak aku jadi mak aku macam hari ini pun makan bertahun-tahun, inikan aku. Darah muda, cepat tercabar, tak suka mengalah. Hanya iman yang tebal mampu lenturkan tapi aku sendiri terumbang-ambing menjaganya.


Entahlah.


"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha"



Ribu riban kali aku ulang dalam hati.
Dalam solat.
Dalam doa.
Kala dudu-duduk termenung.
Kala duduk meredakan marah, panas dalam hati.
Menyorok di balik bayang di satu sudut rumah kayu.
Kadang mempersoal Tuhan.

 
Andai aku tahu apa dalam kitab amalan aku,
I wish to know whether this healing mechanism is working or not.

You, please help me. Don't leave me even in my worst condition.