Sunday 28 June 2015

Rant seorang penganggur part time.

Hangin.

Punyalah niat Ramadan untuk bayar bil telefon aku suci bersih ikhlas,
namun dihalang dek "Secure Connection Failed" acap kali aku menekan butang nak membayar melalui akaun simpanan. Kalau guna Visa, boleh pulak tapi masalahnya aku belum tukar kad bank ke Visa lagi. Kad bank masih lapuk. Dahla lapo ni. Lapo tau lapo. Eceh malas nak berjalan ke dapur membuat secangkir Vico sebenarnya.

Sabau jela. Esoklah nampaknya. Kena tunggu opis bukak gamaknya walaupun dah ada kemudahan atas talian. Apekehe.

Okay, not a very positive way of opening a post.

Anyways.


Dah  3 minggu semenjak pulang ke Malaysia. Dua minggu duduk rumah tak buat pa, duk maen game dengan baca buku. Maen game pun buhsan...maka dah lebih seminggu tergendala hasil cucuk tanaman tak diambil, pekan kecil aku Annaville dah tak diselenggara dengan baik. Mungkin macam inila yang dilalui oleh ketua-ketua daerah/kawasan yang tak berdisiplin. Huhu. Sah aku tak boleh masuk politik.

Lepas 2 minggu, baru start cari kerja sambilan. Kerja cikgu tuisyen on-call. Haaa...ingat doktor je ade on call ke. Alhamdulillah setakat ni adelah mengajar (baca: substitute) 2 hari, satu hari tu English, satu lagi Modern Maths. Lepaslah untuk duit minyak kereta dan nak bayar bil telefon (yang tak dibayar lagi sebab servis tahpape. Kufur nikmat. Waktu bil diuruskan oleh Encik al-W dahulu kala tak bayar ikut masa. Tula hang, dulu bil orang uruskan hang malaih nak bayaq...bukan malaih ya Encik al-W, tapi lupa. Serius. Terima kasih bagi diskaun).

Pastu, sepanjang 3 minggu ni duk makan megi. Tiga tahun makan megi dengan kuota berkala mana puas beb. Dulu zaman hidup di Malaysia, amalan after exam aku pasti makan megi. Konon nak break the nerdy habit dengan mengembangbiak benih-benih kejahilan dalam sel otak. Tapi sekarang ni kira qada' megi lah ni. Sebelum masuk sekolah balik baik aku pulun pueh pueh. Amaran: danger makan megi nanti rambut guguq. Amaran kepada amaran: Tiada kesahihan untuk maklumat ini. Sekadar acah-acah manja amaran jangan makan megi selalu.

Walaupun path hidup aku macam dah cun, tapi tetap rasa something is missing. Like I'm not on the right track. Motif hidup aku lain. Adelah cita-cita aku tapi sebab mak aku dan sebab Encik Komitmen, aku ambik jalan yang lain macam sikit. Aku harap the road not taken ni will take me somewhere awesomer. 

Sambil-sambil menunggu masuk sekolah baru, aku rasa nak apply buat something. Biasalah fresh grad mata duitan. Nak settle path hidup cepat sebab aku nak share hidup dengan Encik Komitmen dah in shaa allah.


Diharap Encik Komitmen faham kenapa diri ini menyepi dan macam feelingless je. Atas special request for Ramadan (diharap berterusan hendaknya, sampailah...sampai), dan atas nak fokus pada jalan not taken ni, dan atas sebab diri dah terbiasa merindu (rindu for real true story, bukan sekadar aksara romawi).

Rindu jela yang mampu. Hang bukan halal lagi huh. Kisah tragis seorang #penunggu.


 ---

Momen berlalu tibbah dapat idea.
Encik Komitmen lama-lama nanti aku taip jadi Encik K, pastu lamaaa lagi terus jadi EK. Wah wah macam DK. Kot kot jadi DK one day aite mate? Tapi  by then kena tukar nama asal jadi DMIMI harhar hambar.

Sah aku kena cari kerja segera. Memenuhi ruangan kosong dalam otak ni.

 EK, hang jangan ingat cek tak cek gsheet tu. 

No comments:

Post a Comment