Friday 9 December 2011

Senja


Aku suka keluar jalan-jalan cari makan time senja waktu kat kolej. Sebab? Sebab time tu, menurut mak aku, tak elok study. So, dah takde benda nak buat and normally aku akan start study around 8 p.m ++, itulah waktu paling sesuai untuk keluar for dinner. Kelas pun selalunye habis at 4 p.m. and kadang kala sampai kolej kediaman pun jam 5 p.m. Jadi, menurut 'fatwa' aku, itulah waktunya; the perfect time for dinner-hunting.

Tapi, satu yang aku tak sedar selama ini - makhluk lain pun dinner-hunting pada waktu senja.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Sekiranya manusia mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya mereka tidak akan berani berjalan sendirian di malam hari".

...and normally I will walk alone, to the nearest diner, sebab nak cepat.

Hurm, apa yang aku duk risaukan?
Rasulullah nampak, aku tak.

Hadis dari Jabir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja. Kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja".

Sebenarnya, banyak 'aktiviti' tatkala waktu senja berlabuh. Cuma, kita sahaja yang dihijab daripada melihat 'pesta senja' ni.

1. Syaitan dan jin keluar berpusu-pusu dari tempat mereka.
2. Syaitan dan jin akan masuk ke dalam kediaman manusia sama ada untuk menggoda atau menumpang makan.
3. Tertarik kepada aurat manusia - mereka akan menjadikan (censored, maaf) kemaluan manusia sebagai kediaman .

Sungguh sempit pengetahuan aku. Selama ini, aku ingatkan datuk nenek dulu tak beri keluar senja sebab takut kita jumpa hantu, momok etc. Tapi semakin aku membesar, aku tak ambil kisah sangatla sebab selama aku keluar waktu senja, tak ada apa-apa pun.

Tapi harus aku akui, ada kebenarannya. Di kolej pada waktu senja, tingkap bilik aku masih terbuka, and with the fact aku keluar senja, makin banyaklah makhluk yang bermaharajalela dalam bilik aku. The effect?If to compare between me now (practising the mentioned dawn activities), and me during high school (day school), waktu selepas senja mesti I get extremely drowsy. Kat rumah dulu, boleh je berjaga tanpa mengantuk till midnight.

Cara-cara nak atasi:

1. Jangan keluar senja. Jika terpaksa (urusan yang sangat dituntut syarak), bacalah ayat-ayat pelindung dan tutuplah bahagian kepala. Sesungguhnya syaitan dan jin suka memasuki 'daerah' tersebut.

2. Jangan mandi waktu senja. Terutamanya ketika azan Maghrib. Tatkala azan berkumandang, jin dan syaitan akan lari bertempiaran. Oleh sebab makhluk sebegini suka akan kekotoran, jadi tandaslah tempat terbaik untuk menyorok.

3. Hadis riwayat Saidina Ali k.w.j., Rasulullah s.a.w. bersabda ,"Tabir antara mata jin dan aurat-aurat Bani Adam, jika salah seorang daripada kamu memasuki bilik mandi, hendaklah ia mengucapkan Bismillah". Atau doa masuk tandas : Allahumma inni a'uzubika minal khubusi walkhabais (Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada godaan syaitan lelaki dan perempuan)

Ilmu ini dipetik dari majalah al-Islam, keluaran Nov 2011. Hanya berkongsi dan menyampaikan,Wallahualam.

1 comment:

  1. wak pon sukak kuar amek gmbr sunset wakfu senja.. 😅😅😅

    ReplyDelete