Sunday 26 January 2014

Kak Baha masuk blog

Bismillah,

Alahai kelas akan bermula esok hari! Ah patutnya aku gembira, bukan? Bukankah dengan meniti jalan untuk menuntut ilmu itu, maka Allah akan permudahkan jalan meniti ke syurga pula?

Sape tak maleh...snow snow macam now, elok duduk rumah je putihkan kulit. Sambil-sambil kaki diregangkan di atas heater brand Honeywell, pekena secawan kopi panas bersama cracker masin, dan Nook di tangan kanan sambil membaca buku kegemaran, beserta music pilihan tersumbat di telinga kiri dan kanan, ahhh nikmat!

Okay motifnya hari ini mahu kongsi nikmatnya berjauhan dari Malaysia.

Bila jauh, mulala terasa rindu. Rindu yang sebetul-betulnya rindu.
Bila jauh, barula terasa syukur. Syukur yang betul pure.

Terlalu lama di zon selesa membuatkan kita menjadi lalai dengan apa yang kita miliki. Pernahkah kita merasa nikmatnya udara, sehinggalah kita tenggelam lemas di lautan? Tak caye ce tanya ikan sebaik sahaja ia ditangkap. Dia terasa nikmat tak duduk dalam air tu lama-lama?

Disebabkan aku ini mempunyai masalah tak boleh duduk diam (ini adalah penyakit yang amat merbahaya seandainya tiada cubaan untuk mengawal, serious!), maka petang tadi aku pun pergilah menziarahi satu keluarga pelarian Rohingya. Keluarga tu dah sekian lama 'transit' di Malaysia. Jadinya, Kak Baha, isteri kepada this unknown pak cik, merangkap wakil family itu, bolehla speaking Malay.

Aku kenal Kak Baha melalui program volunteering yang pernah dianjurkan oleh tempat aku intern waktu summer 2013, WNYMuslims.

Semangat Malaysia di USA


Sembang kencang dengan Kak Baha tadi. Topik kami berkisar mengenai betapa sejuknya winter, bil-bil semua melambung tinggi, kos hidup yang cukup-cukup sahaja, dan...betapa rindunya kami kepada Malaysia.

Sewaktu jeda 2-3 saat, 
sempat aku berfikir, betapa beruntungnya aku. Paling tak pun aku akan pulang ke Malaysia setahun dari sekarang, tapi Kak Baha? She and her family were moved to the US, as  a part of their refugee program, and they don't really have a choice. Dah dihantar ke sini means you have to stay here man. Forever.

Kalau aku di tempat Kak Baha, mungkin pertama kali dengar akan dihantar ke Amerika Syarikat tu bolehla kena sawan eksaited. Tapi bila dah sampai sini, bila dah tahu keadaan hidup macam mana and what to expect next, rasa macam betul je pepatah melayu, baik berhujan batu di negeri sendiri.

Sewaktu ada jeda lagi,
sempat aku terfikir,

eh, kalau betul akan tinggal di tanah Amerika ni forever, macam mana kubur aku eh?

Hmm. Dan aku biarkan persoalan itu larut bersama air oren yang dibancuh khas untuk aku.



No comments:

Post a Comment