Saturday 17 May 2014

que sera sera

Aih ... boi,

Kadang-kadang aku merasakan masalah-masalah dalam hidup aku, diselesaikan oleh Tuhan ibarat sedang membuka kulit pisang.

Satu persatu. 
Manis.
Kadang-kadang, masalah yang datang sangat pelik. Meninggalkan aku hairan. 
Hairan memikirkan solusi. Hairan pada nasib. Hairan bagaimana Tuhan menyelesaikannya. Tak pelik meh?
Bagaimana Tuhan bisa mengukir kisah kita semua, kisah kau, kisah aku, kisah kau dan aku, 50 000 tahun sebelum bapa kita dicipta? 




Perlahan mimpi terasa mengganggu


Kucoba untuk terus menjauh





Aneh itu barangkali satu perkataan yang terlalu rendah untuk menggambarkan kebesaran Tuhan. Gempak, ya, that's the word.






Perlahan hatiku terbelenggu

Kucoba untuk lanjutkan hidup




Perempuan itu makhluk yang pelik. Banyak bercakap. Sokseksoksek. Perkataan yang patut dirahsiakan, tidak dipendam. Mengapa? Sebab kami aneh.

Jadinya, aku ingin berbicara. Throwbackthreeyears.
Pena Tuhan telah menulis bahawa aku akan berjumpa dengan seseorang. Jatuh hati. Lalu menunggu. Akhirnya kecewa. 




Engkau bukanlah segalaku

Bukan tempat tuk hentikan langkahku







Aku manusia, tak kiralah aku join usrah ke, tak join ke, komponen manusiawi aku akan tetap menjajah aku. Ya, ya, iman aku lemah. 

Kecewa itu ada. Tapi expected.

Boi...bila lagi kau mahu belajar tentang kecewa
Yang pasti kau tidak belajar kecewa di kuliah harianmu, mahupun ketika perjumpaan Tau Sigma.
Bukan juga melalui NAK series di YouTube, ataupun memalui program-program ilmiah EM.

Boi, kecewa itu lebih daripada tidak mendapat A dalam subjek pre-req, lebih daripada meninggalkan meeting dengan perut kosong, lebih daripada buffering yang menjengkelkan, dan lebih daripada tidak mendapat subsidi kenderaan yang mencukupi.


Kecewa itu...

tidak menjumpai almond dalam Hershey's Kisses setelah manisnya dihisap-hisap. 
Sebab aku suka almond. Aku nak almond. Aku expect almond itu ada, wujud. 
Tapi aku lupa, Tuhan telah menulis, tiada almond di situ. Sorryla bhai. 

Pena Tuhan juga telah menulis, bahawa aku akan berjumpa dengan seseorang, jatuh hati, lalu menunggu, akhirnya kecewa. Tapi aku bangun, aku tidak menoleh, aku tidak tinggalkan ruang, aku menjadi kuat, aku menjajah hidupku, aku kembangkan sayapku, aku pergi, melangkah jauh, meninggalkan seseorang itu, meninggalkan masa lalu.





Pena Tuhan menulis, 




Usai sudah semua berlalu

Biar hujan menghapus jejakmu





Boi,



The first cut is always the deepest,
But it is also a rebirth. 
















No comments:

Post a Comment