Saturday 13 September 2014

Kuot: Dang

"Dia tak give a damn"


Sambil memandang ke arah aku. Yang lain dah menjerit, ada yang tutup muka dengan bantal pony. Dah la duduk agak dekat, kot ye pun tak payahlah tengok lama-lama, semata-mata nak tengok reaksi wajah aku. Aku? Pastilah maintain macho, aku pandang je skrin televisyen nipis itu, cerita hantu sedang dimainkan daripada akaun Netflix aku. Yang cakap itu pun maintain macho jugak, mungkin sebab dia senior jadi ah, boi, perlulah jaga status itu! Mana boleh kecut depan junior boi!

Sebenarnya...kalau ada mahram kat sebelah aku, lama dah aku peluk. Ini tak. Aku hanya ada dua kaki aku je, lutut je aku dapat peluk. Huhu. Bantal, hapah, tada.

Tapi aku memang takda mood nak takut waktu tu. So aku maintain macho jela. 


Kata-kata lelaki daripada batch ATU16 itu berbunyi agak kasar, pada telinga marhaen. Tapi aku ok mendengarnya. Malah tiap kali aku dah tahap malas nak layan karenah orang-orang di sekeliling aku yang kadang kala memang menyengalkan (dan aku ada tahap kesabaran yang agak tinggi, cepat bengang, tapi lambat marah. Ada beza tu haha), aku akan ulang semula kata-katanya dalam hati. Mungkin dia pernah mengalami situasi yang sama, mungkin berulang kali, mungkin lebih teruk. Lalu phrase tu menjadi phrase epic, yang aku adore

Lately aku dapat rasakan aku ada negative mood, rasa nak marah je. Aku tak nak salahkan hormon, sikit-sikit hormon. Apa manusia, perempuan, tak boleh nak marah based on logical reasons?
The anger was an accumulated series of angers. Was, sebab lepas aku berbual dengan Tuhan petang Jumaat selepas Asar, dan sekali lagi sebelum tidur, aku rasa bahagia dan happy hari ini. Mungkin Tuhan menjahit luka-luka hati sewaktu aku tidur. Ah, Maha Penyayang. :)


Maka betullah kata-kata Mark Twain,


Since aku tak membela anjing,


the more I love my birdhouse.

No comments:

Post a Comment