Saturday 6 September 2014

Kuot: Izlamik


"Tak nak jadi islamic sangat"




Aku terkesima. Terdiam. Dalam diri aku, hati memberontak mendengar kata-katanya.
Kejadah, kau sedar tak kau cakap apa ni?

Tapi aku terus diam. Aku tetapkan pandanganku ke hadapan sahaja. Menghadap pemandangan yang polos, yang kukira lebih enak daripada kata-katanya.

Kenapa. Kau Muslim. Kau tidak bersyukurkah memiliki agama yang paling dekat cara hidupnya dengan Tuhan? Di mana kepercayaanmu? Apa telah terjadi?

Atau soalanku yang salah. Apakah ada terma "terlalu islamic", "kurang islamic", "tidak islamic"?  Apa bukan semua yang Islam itu islamic? Terus laluan hidup kita selaku Muslim seharusnya mencerminkan kebenaran agama kita, kebenaran deen kita.

Aku akui aku pernah berada di tempatnya dahulu. Waktu muda-mudi remaja. Berfikir bahawa agama hanyalah sekadar cara grouping manusia. Aku malah pernah terfikir, kalau-kalau aku ini boleh beragama samawi yang lain. Agamaku rumit. Solat 5 waktu itu dahulunya payah. Ruhi aku pernah rebel, menolak, hati mahu dunia. Bebas berlari sambil rambut dikibas-kibas angin. Ingin sekali ku dedahkan ketiakku saat panas menggigit. Apatah lagi, selaku perempuan, ingin juga memakai skirt pendek atau shorts di khalayak. Yes, itu fitrah kawan. Fitrah perempuan, mahu dilihat cantik dan indah, walaupun hakikatnya, ada yang dilahirkan dengan takdir, wajah biasa-biasa sahaja.

Aku tidak pernah lontarkan kekeliruan agama kepada sesiapa. Taboo topic. Boleh dihukum murtad oleh manusia. Tapi alhamdulillah, hidayah datang, lalu aku sambut hidayah itu untuk masuk ke dalam hati (naa hidayah datang dalam pelbagai bentuk, datang selalu malah. Contoh kes - Tipulah kalau ada si fulan ni (sesiapalah si fulan tu, tiada nama spesifik) tak pakai tudung dengan alasan tak dapat hidayah lagi. Cuba koreksi hati. Tak pernah terlintas walau sesaat untuk mempersoalkan tentang jilbab? Lalu pintasan itu dibiarkan sahaja. Pintasan itu hidayah boi. Tambah lagi kalau dikelilingi wanita-wanita berjilbab. Facepalm. Masakan Tuhan tidak pernah sekalipun memakbulkan doa ihdinas sirotul mustaqim yang kau ucap hampir setiap hari itu). Hidayah untuk aku fahami agamaku. Bukan secara paksaan, bukan kerna mahu mengikut-ikut norma masyarakat sekelilingku. Sebab aku sendiri, secara sedar, telah memilih islam kembali.

Tapi ya pastilah along the way aku ada juga terjatuh, tapi bangun baliklah.


Pokoknya di sini,
Aku hanya terkejut mengapa sampai ada pemikiran yang sebegitu. Ya yang berbicara quote itu masih muda. Mungkin dari segi ruhinya, dia belum matang lagi. Mahu sahaja kulontarkan soalan radikal..."Kepale hotak kau, tak nak masuk syurga ke? Dush dush (sound effect kena penampar 2 das)" haha. Bapak kasar. Tapi soalan itu kukira seperti awakening moment untuk aku. Untuk aku koreksi semula diri aku. Adakah aku islam?

Dan aku? Aku hanya menjadi aku. Aku tetap memandang ke hadapan, melihat bangunan dan pemandangan yang membosankan di downtown Buffalo. Mempersembahkan islam yang aku kenal ini, seadanya.

No comments:

Post a Comment