Sunday 2 November 2014

.

Boi,

Manusia takkan berdoa,
andai tiada perkara
untuk diharap.

Untuk apa berdoa
untuk hal yang sudah diketahui
tiada kesudahan?

Penat.

Terhapus masa,
waktu
memakan usia
sia-sia.










Ah, mungkin ada
kesudahannya.

Tapi kalau buruk di akhirnya,
untuk apa berdoa?

Berdoa supaya Tuhan menukarnya menjadi
satu kebaikan?

Tidak, tidak.
Dunia tempat hati-hati dicalar.
Dihancur,
dihempas.

Jadi
apa perlu berdoa boi?


Jika itu bayaran untuk ke syurga
ya, tidak mengapa

Tidak perlu berdoa untuk satu penghujung
Biar kecewa
Kerna Tuhan akan mengubati hati itu
biar Dia yang mengubati.
Di syurga nanti.





Aku menyesal
dan pernah menyesal.
Aku mahu hentikan sesalan.

Kalau kau berharap menjadi sesalan itu
ku pohon,
nyah kau dari hidup aku.

No comments:

Post a Comment