Saturday 5 September 2015

Kehadapan perotku...

  


Entah sampai bila nak stay macam ni. 



Semenjak pulang, perut tak menentu ragam. Makan nasi, tak jalan. Kadang-kadang je makan. Paling berselera bila makan mi. Itupun kadang-kadang naik angin jugak. Lepas tu muntah. 

Kalau minum teh feveret mak (dan pastilah mak selalu bancuh lepas tu paksarela minum), mesti perut berangin. Lepas tu loya (like now happening...).

Paling kenyang pabila makan pizza cekotet (ok like seriously Malaysia, kenapa saiz piza sini kecikkk), atau burger, atau KFC set B atau D, atau Secret Recipe's chicken cornish. Bila makan mereka-mereka ni, perut kenyang, hati gembira, angin pun tada. Tapi nak makan hari-hari memang takla. Cash flow tidak mengizinkan...

Mengadu kat mak, mak kata perut tak sesuai lagi dengan makanan kat Malaysia ni. Iyelah, balik-balik je dua minggu lepas tu puasa. Perut masih terkejut.

Dah tak ada dah egg 'n cheese on a croissant, mahupun kopi pelbagai perisa dengan creamer pelbagai rasa, atau roti Kosher dipanggang sendiri dengan garlic butter dengan EVOO. Dah tak ada easy access kepada brokoli dan pelbagai keturunan daun salad. :( 

Mengadu kat Encik K, katanya aku yang mengada. OK agak sedih di situ sebab bakal suri hidup boleh tak caye perut aku camni. Mentang-mentang Encik K jenis manusia lasak masuk boy scout zaman sekolah dulu, so dia expect kita ni sejenis dengan dia. Huh. 

Oh. Hm. Aku lupa.
Lupa mengadu kat Tuhan. 
Aiseymen.


No comments:

Post a Comment