Thursday 5 February 2015

Kuot: Posa




"In shaa Allah"




Walgreens adalah antara tempat terbaik untuk membeli syampu rambut yang berkualiti. Plus, perhiasan kepala di situ pun cantik-cantik; permata-permata palsu but who cares as long as they are beautiful (well I do but...considering takde duit haha. Sigh). Palsu palsu pun boleh tahan mahal. Mahal mahal pun beli jugak. Hm. Nafs.





Anyway,

Waktu itu Ramadan kedua ku. Rasa sangat tough giga la dapat berpuasa di bumi Murica ni. Bersahur jam 4 pagi, iftar jam 9.30 malam, terawih, internship 6 jam sehari 3 hari seminggu, kelas Fizik, panas bahang, takde pasar Ramadan, kena masak sendiri, nak masak malas, nak beli mahal, wah mana tak rasa diri ini gempak bila lalui semua itu tanpa kehilangan jiwa dan nyawa mashallah sister


Yah semua itu tak hilang, alhamdulillah. Tapi yang hilang adalah hati aku. Diri aku.







So there I was, in the line at Walgreens, to pay for the stuff  that I took earlier. 
When it was my turn, suddenly the cashier asked whether I am fasting or not that day.

Dalam hati, dalam masa mili mili saat itu, sempat lagi alter ego aku bikin dialog:


"Eh camne dia tahu aku Muslim? Oh eh, la aku pakai tudung duh. Eh boleh pulak ekau tanya aku posa ke dok, offensivenye tahu. Eh jap, maybe dia bukan Muslim tu la kot dia tanya nak kenal Islam kot. Ok ok, ni nak kena jawab dengan confident ni, kasi tunjuk orang Islam berkeyakinan dan sangat American"


Pergh apa punya thought process. Hancus.


Maka setelah proses fikiran aku berakhir dengan konklusi yang sebegitu, aku pun dengan nada yakin, bunyi gagah pun menjawab:

"Yes I am. And you?"


Dalam hati,

"Ni nak test ni, dia ni Muslim ke tak...ish kalau Muslim, tanya aku puasa ke tak, mesti dia tak posa ni. Ish ish. Abang ni...hidup kat Amerika dah tak praktis Islam ish ish"


Pergh thought process macam haprak. Buruk sangka included lak tu. Comes in a package.


"In shaa Allah I am."




Fuhhhh menikam, menusuk bak sembilu. Kepalanya sepanjang perbualan pendek itu tidak pernah diangkat. Dah kalau kepala tak angkat konpem konpem la pandangan pun tak angkat. Aku mencari-cari matanya sebab diri sudah terbiasa memandang conversation partner, tapi gagal. Aku pulak yang dok usha dia. Eh.


Jawapannya pendek.
Bagaimana aku boleh begitu pasti yang aku berpuasa dan puasa aku diterima hari itu, nah, bagaimana pula dengan hari-hari yang sudah berlalu? Bagaimana pula dengan berbelas-belas Ramadan yang aku tinggalkan lalu? Apakah diterima? Entah entah aku ada tertelan air entah datang dari mana sewaktu berbasikal ke Walgreens. Atau aku terlupa niat eh ha ini dah parah (btw, niat untuk puasa selama sebulan dalam bulan Ramadan pada malam pertama bulan Ramadan (malam start terawih) boleh menyelamatkan anda dalam situasi terlupa niat untuk hari-hari seterusnya. Kalau perempuan yang ditakdirkan tidak suci dalam bulan Ramadan, perlu re-niat setelah mandi wajib. Nak selamat, niat jelah hari-hari. Fon kan ada boleh buat reminder. Beli mahal mahal buat main WeChat watper da. Sila rujuk ustaz/ustazah terdekat untuk pengetahuan lanjut. Allahua'lam)

Dan jawapan abam itu menyedarkan aku. Yang aku perlu koreksi tahap zuhud aku. Zuhud dengan dunia, zuhud pada hati. Di mana kalimah in shaa allah di bibir aku, untuk semua perkara?

Bukan, bukan aku mahu tunduk dengan penyakit was-wasa. Cuma, aku rasa, adalah lebih baik kalau resort to berhati-hati, teliti. Dengan setiap patah kata, ditutur mahupun ditulis (ops, yeah yeah aku ada mencarot dalam post(s) sebelum ni...I take full responsibility of it. Tapi kalau tak letak tak gramatis pulak), pada apa jua kalam mahupun catatan. Kerna Ated dan Raqed merekod. (oh ya come to think of this, I bet they must be really, I mean REALLY, good writer. Adakah mereka menggunakan some sort of tablet? Like how do they record what a rapper raps? Laju giler kot tuh. Allahua'lam but it is awesome to think. Please don't overthink, it's just me)


Yakin itu bagus, cuma jadi tak bagus bila tak bertempat. Nak tahu tempatnya, tanya hati. Nak tahu jawapan hati betul ke tak, tengok iman. Camne nak tengok iman? Kalau ada keyakinan tauhid, pengakuan dengan lidah dan perbuatan dengan anggota, maka imanlah itu (boleh rujuk buku teks Pendidikan Agama Islam atau buku PAFA sekian.). Ini simplisiti habis. Disclaimer: aku bukan ulama pujangga nak bermadah kata, ini hanya kefahaman iman based on denotative interpretation. Hanya sekadar berkongsi thought process.


Aku pernah mendengar satu ceramah ni, ustaz ni cerita, yang para tabiin dulu akan berdoa setiap hari semoga Ramadan diterima dalam masa enam bulan setelah Ramadan tamat, dan berdoa untuk sampai ke Ramadan berikutnya dalam baki-baki bulan yang mendatang. Tabiin kot tuh. Yang species non-tabiin macam aku ni, doa pancit-pancit je kot, dah yakin semacam ibadah diterima. Allahua'alam kita hanya mampu berdoa, semoga diterima, ibadah aku kau dan segenap manusia saudara kita aminnn.







Itulah...
zuhud.





Taqabbal allahu minna waminkum.




 

No comments:

Post a Comment