Tuesday 15 July 2014

Hari Terakhir Internship

Huhu.

Kadang-kadangkan, akan ada hari yang kita akan mess up. We thought we gonna start that day perfectly because we did nothing wrong yesterday, or maybe we did nothing wrong AND we did something good yesterday, so we think we at least deserve a decent reward from fate to have at least another normal day today. Guess what...fate doesn't have ears.

16 Ramadan 1435

Lepas sahur, macam biasala, perut boroi mana mahu tidur terus. Jadi aku pun chillax dengan mushaf Uthmani, sebelum tidur balik dalam jam 4.50 pagi gitu, aku sempat lagi baca artikel Dr.MAZA fasal kenapa kempen antisematik Hitler dahulu berjaya. Tapi entah kenapa, mungkin sebab perut yang keterlaluan boroi gamaknya, susah jugakla aku nak tidur balik. Dahla kena pergi naik shuttle jam 7.30. Kalau tak tidur, bila pulak nak ganti tidur. Nanti tertidur kat tempat intern memang nayala. So tossing punya tossing, akhirnya tertidur jugak. Set alarm jam 6.40 pagi. In shaa Allah bangun huhu.

Memang bangun pun. Jam 7.22.

(-________-)"



Mandi tak, gosok gigi tak payah, dengan masam-masam tu aku sarung jeans, pakai cardigan, pin tudung, cau. Alhamdulillah dapat naik shuttle. Hari last intern ni, everything kena perfect! Dahla ada presentation.

Okay, maka sampailah aku dengan selamat. Masuk pejabat aku, alang-alang ada lagi 5 minit sebelum waktu intern aku start, aku pun bertolakla ke tandas. Laju je aku pergi tandas sebab yela, tandas...tandas.


Dah tenang-tenang tu aku pun nak masukla ruang office aku balik. Punyala sentap jantung aku bila aku sedar aku lupa bawak security card. Ya Allah....camne nak masuk opis balik arghhh. Ruang pejabat tu ada banyak lapisan. Untuk masuk lapisan tempat aku intern, kena ada security card, tapi nak masuk office aku, tak payah. Jadi dengan rasa kebodohan melampau, aku pun tunggula orang lalu situ, kot-kot bolehla tolong bukakan pintu. 3 minit, 6 minit...10 minit...haiyoyo. Aku dah rasa macam dalam perut ikan nun dah. Mulala aku baca doa Nabi Yunus...doa taubat Nabi Adam pun aku tibai baca. Kantoila kalau supervisor aku call office aku pastu aku takde, habisla evaluation aku nanti. Satu-satunya akses aku ke dunia luar adalah elevator. Aku pun duk turun, naik, cari-cari orang boleh tolong aku untuk masuk ke pejabat balik. Memang lengang betul bangunan tu.

Alhamdulillah lepas hampir 20 minit aku buang masa...ada seorang staf yang sangat cwit ni tolong aku. Yes, yes, kenapa aku tak guna cell phone aku untuk call for help kan...sebab aku pergi tandas tu memang sehelai sepinggang bawak diri dan botol je. Pandai betul...


Okay so far the good news is, aku tak kantoi dengan supervisor aku. Aku berjaya sampaikan pembentangan dan hampir-hampir aku nak keluar, supervisor aku beri kerja yang terakhir. Aku pun macam, oklah kan, tak kisah buat jela. Dan of course aku screwed up. Yang kena print  2 helai pdf document je, tapi aku pergi print 2 sets, siap warna lagi. Dahla supervisor aku pesan jangan guna color quota. Kalau ikutkan hati aku yang biul ni, nak je aku sorok set dokumen tu, tak pun buang on the way keluar bangunan. Tapi memandangkan bulan Ramadan ni bulan melatih akhlak mulia, aku pun beritahu jela apa jadi. Memang muka supervisor aku tadi macam serigala tercekik air liur sendiri huhu. Tapi mungkin sebab hari ini last day aku, jadi dia senyum senyum jela. Haha.

Balik intern, pergi kelas kat North, pastu pergi makmal kat South. Petang tu aku balik memang tidur 2 jam. Hadoihh. Bangun-bangun dah jam 6.30. Solat belum lagi, mandi lagila. Masak iftar pun tak mula lagi.

Hari ini hari pertama bekalan ayam aku habis kat rumah, jadi terpaksala makan daging. Dengan rajinnya aku melangkah ke dapur nak buat daging bakar. Ala ramas-ramas je daging tu dengan garam, Greek seasoning, dan EVOO, pastu biar masak atas kuali. Senang, cepat dan beres. Bila waktu dah masuk, aku pun pergila dengan gumbiranya nak makan, cedok nasi.

Sedih gilerr bila tengok nasi yang aku warm dalam rice cooker basi. Alahai. Makan daging dengan sayur jela.

Yang paling best adalah aku suka masak awal, dan bila dah dekat waktu nak iftar aku akan re-heat makanan aku on stove. Aku pun panaskanla balik daging aku tadi. Memang harum semerbak la rumah, kuat sangat bau daging tu. Aku spray dengan pewangi pun still bau daging lagi.
Lepas aku selesai ambik wudu' untuk Isya', baru aku perasan yang aku tak tutup stove, bila aku buka penutup kuali, asap berkepul-kepul keluar...daging aku dah nak hangit dah. Actually, memang dah rentung.


So, itulah kisah hari ini. Semua serba serbi tak kena walau macam mana aku cuba untuk make things straight.

Haha, it's just one of those days. Small, small things that make you smile if you choose to. 

No comments:

Post a Comment