Sunday 8 May 2016

Bertunang dengan 25% Rangga

Pertama-tama nak ucapkan syukur alhamdulillah diberi kesempatan hari Ahad yang berbahagia ini untuk menonton Ada Apa Dengan Cinta 2.

Alhamdulillah.


Segala onak duri ranjau untuk menonton filem ni berjaya aku atasi. Ini tontonan kedua selepas yang pertama diganggu oleh masa yang cemburu.


Overall, satisfied. That's the perfect ending. :)


A little bit disgusted apsal perempuan je yang perlu make the huge move. I mean, Cinta purposely went to New York with one intention, but Rangga went to Jogja to meet his mom, and Cinta was just an add-on. 


Tapi tak kisahlah, bukan cerita hidup aku haha. 


Bila tonton cerita ni pastilah teringat tentang yang dulu. Kenapa ek, kebanyakan first love di dunia ni bermula dengan lelaki yang tak boleh harap tak boleh jamin kehidupan stabil, dan yang datang kemudian itulah yang berwang, yang paling ideal, setuju bernikah bukan atas dasar sayang tapi sebab mahu setia mahu komited.


Kenapa kebanyakan perempuan, termasuk aku, jatuh minat pada karakter Rangga? Selain tampan, tinggi dan fizikal yang sedap mata memandang, Rangga ni...lelaki sejati. Yes perbuatan tinggalkan awek sikit punya cun tu dah menunjukkan dia lelaki tahpape tapi maksud lelaki sejati dalam konteks tulisan aku ni adalah Rangga tak terus reply, dia diam dan proses, lepas proses yang rumit di minda tu baru dia keluarkan kata-kata yang indah. Rangga ni simple je, cakap tak banyak tapi hati Cinta yang dah 9 tahun dizalimi tu senang-senang je maafkan dalam masa yang singkat. Just days.


Dan bila dikaitkan semula dengan hidup aku, ye aku tak ada Rangga dalam hidup aku. Why should I? Aku dah bertunang dengan orang yang cukup lengkap segala-galanya. Dia, walaupun perit nak mengaku dia bukan yang pertama, tapi dia hormati aku, dia tinggikan aku. Segala benda remeh aku penting bagi dia. 


Aku pernah tercrush kat dia dulu. Tapi heck I thought it was just a crush. Move on.


Tak sangka hari ini dah 7 bulan menyarung cincin pemberian dia. God nak dekat setahun.


He's not the character Rangga for most of the part - he does not write poems. But heck, he is the poem itself. And I, his avid reader. 



















No comments:

Post a Comment